Tuesday, March 03, 2009

OBE IV = De Rhu Resort, Kuantan...

Entry aku kali nie berkenaan dengan bengkel OBE ke-4 yg aku di paksa ikut oleh bossku (em, bos nie... suruhla org lain boss...hehehehe...jan marah boss)

ok, bengkel ini dijalankan on 27/2 to 1/3 di De Rhu Resort, Kuantan..maksudnya hjg minggu ku di abiskan dgn keja...uhuhuhu...(smpi kwn aku dr s.alam merajuk coz aku x dpt nak join dorg g kundasang n pulau manukan, sabah...wa, ruginya...sori la kawan)..

kami (aku n hafiz, sorang lg member dr fakulti yg sama tp lain course) memulakan perjalanan kami dr KKIA seawal jam 3pm on 26/2/09...setelah 9 jam dlm perjalanan (termasuk kes menunggu connecting flight dr klia ke kuantan) akhirnya jam 12 tghmlm kami tiba di De Rhu Resort...wow, terasa excited juga coz dgr2 resort nie antara resort yg hebak among d hebak d malaysia...hhehehe...

Ari pertama bengkel, selepas menikmati bfast ringan di resort ini, kami (aku n hafiz) round2 sekeliling resort sambil menghirup udara segar laut china selatan..apa yg menarik di resort ini ialah lagoon swimming pool yg dikatakan lagoon yg terbesar di semenanjung malaysia...selepas hampir satu jam berjalan2 d sekitar resort, kami balik ke bilik msg2 utk berehat smbl menyambung perjuangan d alam mimpi semalam (smlm x dpt tido nyenyak la)...tepat jam 3pm bengkel OBE kami bermula sehingga jam 6pm...selepas bengkel, rehat lagi...mlm nie ada bengkel lagi smpi jam 11pm..uhuhu...

Ari kedua, bengkel bermula seawal 8.30am...terlampau byk input yg kami perolehi dlm masa yg singkat sehingga begitu susah utk kami generate semua input itu ke atas kertas keja yg perlu kami siapkan...PO, PEO, CO...uh, pening ooo...seperti semalam, bengkel kami berakhir jam 11.00pm...tomorrow will be another day to go..

Ari ketiga yg juga merupakan ari terakhir bengkel berakhir dengan majlis penutupan dan penyampaian cenderahati kepada semua peserta bengkel pada jam 11.30am...Tepat jam 1.30pm selepas check out, sementara menunggu flight kami ke klia iaitu pada jam 6.30pm, kami round2 sekitar kawasan kuantan...kami menuju ke Natural Batik Village sebuah pusat batik yg terkenal di kuantan...bermacam2 warna dan corak batik yg terdapat d tmpt ini...ada juga la beberapa cenderahati yg sempat aku beli utk kwn2 seperjuanganku....selepas hampir satu jam menjamu mata dengan pelbagai cenderahati, pakaian dan batik pahang kami meneruskan perjalanan ke pantai teluk cempedak yg juga merupakan antara tempat yg menarik di kuantan...apa yg menarik d kawasan teluk cempedak ini, terdapat satu jambatan panjang di sepanjang pantai untuk memudahkan para pengunjung berjalan2 d tepi pantai sambil menikmati pemandangan pantai yg indah indah...tepat jam 4.30pm, kami bergerak menuju ke lapangan terbang Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan...setibanya d lapangan terbang kuantan,spti prosedur biasa, aku scan bag n beratur di kaunter check in bebas dan sampai giliran aku, aku dikejutkan dgn ayat ini..."maaf cik, nama cik tdk tersenarai dlm penerbangan ini kerana nama cik telah dibatalkan memandangkan cik tdk menaiki pesawat bg penerbangan cik sebelum ini" ujar pegawai yg bertugas di kaunter...wa, tensionnya aku...setelah bertekak agak lama dgn pegawai di airport ini, akhirnya nama aku diletakkan dlm senarai menunggu yg akan diberi priority utk menaiki flight...still, aku x puas ati...arghhhhhhh...pusing kiri, pusing kanan, tgk jam dinding, tgk org2 di sekeliling...tgk jam tangan..akhirnya tepat jam 6pm aku dipanggil utk check in (nasib baik...kalo x mengamuk aku di airport nie...hehehhee)...

Penerbangan ke KLIA mengambil masa selama 45 minit...tiba di KLIA, aku kena menunggu lagi utk flight seterusnya ke negeri di bawah bayu...jam di tangan menunjukkn jam 7.30pm...wa, aku kena menunggu lagi 2 jam memandangkan flight aku ke kk adalah pada jam 9.50pm...Hafiz balik ke shah alam, so terpaksa la aku balik kk sorang2...tdk byk yg blh aku buat di klia ini kerna x byk benda yg aku blh buat d c nie...selepas sedikit aktiviti shopping di eraman, aku check in dan bersedia utk meninggalkan klia buat ke sekian kalinya...

Selepas 2 jam setengah perjalanan, aku sampai ke kk dgn selamat (syukur la..), aku happy...tp aku lbh happy + terkejut bila org yg ambik aku mlm tu adalah org yg sgt2 aku rindu (hehehhehe...) tepat jam 1.30am, aku tiba di rumah dan begitu la kisah bengkel OBE ke 4 aku di De Rhu Resort yg penuh masam manis =)


Batik Pahang yg dicetak sendiri di Natural Batik Village


Antara cenderahati yg dijual di Natural Batik Village


Antara kraftangan yang diperbuat dari bambu yg menjadi tarikan para pengunjung terutama pengunjung dari luar negeri


Teluk Cempedak, Kuantan Pahang


Permandangan pantai di Teluk Cempedak